Senarai Blog

Apture widget

04/06/2010

Balik ke Kedah

Pada jam 2.00ptg aku bertolak dari rumah ibubapaku ke Kedah selepas menghantar anak saudaraku ke sekolah Agama di Pantai Dalam yang terletak tidak berjauhan dari rumah arwah atukku yang telah terbakar pada pertengahan tahun lepas dan masih belum lagi diperbaiki.Aku bertolak sama dengan Adam dan Adam adalah orang kurang upaya,dia merupakan seorang kawan kepada Pakcik aku bernama Awi yang juga orang kurang upaya.Mereka berdua saling kenal mengenali ketika berada di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya di Kajang,Selangor.Aku sampai di Kuala Kedah pada jam 8.45malam di rumah Adam dan singgah sebentar sambil menjamu selera di rumah keluarga Adam.Selepas sahaja menjamu selera pada ketika itu jam ditanganku menunjukkan jam 09.35malam dan Akupun tanpa berfikir panjang terus memohon izin untuk pulang kerumahku menyewa di Simpang Kuala dengan alasan waktu untukku masuk bekerja sudah hampir.

No comments: