daku berasal dari keluarga sederhana
dan bukan juga dari keluarga bangsawan
keluargaku serba sederhana
mengharap pencarian tonggak yang satu
pada suatu ketika dahulu
daku bukan dari berotak bijaksana
daku ditampar,dimarahi dan dipukuli oleh guru
biar daku menjadi pandai
sayangnya otak dan jiwaku
masih disisip angan-angan
kononya seorang yang bijaksana
kini daku sedang berusaha
agar diriku bertambah mutu dan berharga
nilai diriku hanya pada
yang bergelumang segelumit rasa hidup
jiwa yang sepi dan kosong
tanpa membawa erti kepada sesiapa
bukan kerana tiada nilai
nilai yang ada pada daku
cukup sekadar berbuat kebaikan
kepada keluarga,agama,bangsa dan negara
pada daku itu satu tanggungan berat
perlu digalas
perlu dipikul
penuh rasa cinta dan kerjasama
keuntungan yang dibahagi sama
jujur dan ikhlas
amanah dan setia
bukan daku tidak mampu tanggung
bukan daku mahu berbohong
kerana daku mampu
pada daya yang mampu
bukan percaya pada nasib
kerana daku adalah
sesuatu di keranakan
No comments:
Post a Comment