Setiap manusia pasti merasai mati.Bila kita bercakap mengenai mati pasti semua merasa gerun terhadap kematian.Kehidupan kamatian memang tiada siapa dapat mengetahui.Semua lapisan agama mempecayai kehidupan selepas mati,kehidupan yang macamana hanya bergantung pada kepercayaan agama masing-masing.Suasana perkuburan jika dilihat pasti hening lagi sunyi.Tapi yang tidak seronok pada mata kita semua,bila orang percaya akan perkara khurafat.
'Man...cukup tak barang-barang yang diminta oleh bomoh tadi?kata Piun dengan nada perlahan dan berhati-hati ketika menghampiri kawasan kuburan orang islam di kampung Tajak yang hampir dengan tempat beliau bermustautin iaitu Kampung Tujal.'cukup kot..'sahut man dengan loghat utara.Pada masa itu bukan hanya mereka berdua sahaja tetapi ada empat orang lain lagi yang masing-masing tahi judi ekor..Amay berketurunan cina kacukan siam,dia cukup popular antara mereka bahawa seorang tahi judi..Menang ekor judi memang dah acap kali beliau kena sehingga beratus ribu tetapi dia tetap tidak berpuas hati dengan hasilnya.Amay telahpun beberapa kali turun padang untuk pemujaan nombor ekor di tanah pekuburan,lombong,pokok beratusan usia dan kawasan di mana orang mati akibat kemalangan.Kalau tak meletup kaw-kaw kali ni tak tahu la nak kata bisik hati Amay ketika sedang berjalan menuju ke tempat pemujaan.
Piun dahulunya seorang kuat bekerja.Sejak kematian isterinya yang dicintai Piun mulai berubah,dia tidak lagi seperti dahulu.Aku dah dikira bujang..sayang betul... cehh...belum sempat ada anak,kau dah tinggalkan aku ya Anis gerutu dihati Piun bila mengenang kembali arwah isterinya.Segala-segalanya bermula ketika bercinta dibangku sekolah pada masa itu Piun adalah senior di sebuah sekolah menengah.Apabila Anis lulus PMR dengan cemerlang dan Anis layak untuk meneruskan pembelajaran beliau ke tingkatan empat.Pada saat itu Piun dan Anis masih belum mengenali Anis.Piun terjatuh cinta ketika berjumpa sama di bilik guru kerana cikgu yang mengajar mereka perlukan khidmat mereka,agar mereka dapat menolong rakan-rakan dalam pembelajaran.Nah..ambil format nie.dan hebahkan kalau mereka kurang faham,kamu ajarkanlah mereka atau datang berjumpa cikgu..kata Cikgu Matematik yang memerangkap cikgu displin sekolah dengan nada suara berharap pada mereka berdua.
Pada sessi persekolahan Piun dan Anis cukup intim sehingga diejek oleh rakan sekolah mereka.Woi..Piun!!..agak-agakla..orang lain pun ada bini gak!tapi tak adalah bawa sampai kesekolah..usik Mat Ali kepada Piun sambil disambut hilaian tawa rakan meraka yang lain.Piun dan Anis bertentangan mata apabila diusik Mat Ali sebermula hari itu Anis dan Piun semakin intim hingga membawa diluar waktu sekolah.Mereka dilihat sering belajar bersama,makan bersama dan berehat seolah mereka tak mahu berenggang antara satu sama lain.Anis tahu tak..? semakin mereka mengutuk kita semakin kuat hati ini ingin terus bersama Anis.suara Piun yang semakin dewasa berkata perlahan dan manja,.ketika itu Anis dan Piun berjalan sama diluar waktu sekolah di Taman Tasik Titiwangsa.
No comments:
Post a Comment