Senarai Blog

Apture widget

11/07/2010

Suria

Nyaman indah terasa
Burung sedang berkicauan
Sebagai menambahkan lagi keceriaan
Pada keheningan waktu pagi
Untuk Suria
Yang kian lamanya
Tiada berada dilangit malam
Kerana malam
Bukan giliran Suria
Menambah keceriaan
Kerana malam adalah tugas Rembulan
Kebeningan malam menjadi ceria
Dengan suara cengkerik
Sebagai pendamai
Aman ini terus bertakhta
Damai pula terus memerintah
Itulah keinginan semua
Manusia sejagat
Aman dan Damai
Suria
Jasadmu hanya berbakar
Jiwamu hanya patuh
Tingkahmu
Hanya menerangi dunia ini
Juga pendokong semangat
Kepada jiwa yang mahukan
Sebagai sahabat
Ketika meniti aliran hidup
Suria
Tanah ini
Jadi gersang
Kering kontang
Tandus
Kerana panahan terik
Suria
Tiada lagi jiwa
Mampu bertahan nyawa
Suria bukan lagi sahabat
Bukan lagi pendokong semangat
Ketika  jiwa di  tanah yang  gersang

No comments: