Suasana hening sudah mula menyelubungi sekitar perkuburan.Piun yang tadi enak dalam dunia imbas kembali sudah menyedari keadaan semakin meruncing ke arah takut dan bercampur seram.Aduh....seramnya...getur Piun dalam nada perlahan agar tidak didengari oleh sesiapa melainkan dirinya sahaja.Pada ketika itu Piun dalam seribu penyesalan bila hatinya mula merungut kerana bimbang diketahui penduduk di sekitar tanah perkuburan itu.Kerja aku tak bahaya bukan kerja mencuri,merogol anak dara kampung,membunuh cuma agak lari dari asal tujuan agama bisik dalam hati Piun untuk memujuk hatinya yang kian cemas apabila dia dan rakannya semakin hampir ke tanah perkuburan.
Sampai di tanah pekuburan di mana sebuah kubur lama,desas desus mengatakan kubur itu merupakan seorang Tok Guru Persilatan yang cukup handal dan hebat di serata negeri.Man terus menyalakan colok dan setangi bagi tujuan pemujaan yang bakal dilakukan oleh Amay.Amay cukup berpengalaman dalam hal menurun,beliau kerap kali buat pemujaan di Tokong atau Pokok besar di hutan.
No comments:
Post a Comment