Senarai Blog

Apture widget

Loading...

11/04/2016

Wahai Anak Bangsa Masa Depan

Wahai anak bangsa masa depan
Tahukah kalian
Siapa kita di masa hadapan
Jika hari ini
Kita buta
Kita terlepas pandang
Di manakah bangkit kita
Wahai anak bangsa masa depan
Lihat hari ini
Manakah milik kita
Manakah kejayaan kita
Tahukah kalian
Siapa Jual hak dan harta
Siapa hamba wang
Siapa tamak harta
Sedangkan yang ada
Segalanya bukan milik kita
Wahai anak bangsa masa depan
Kuatkan imanmu
Kembalilah kepada Allah
Kejayaan dunia dan akhirat untukmu
Lengkapkan ilmu dunia dan akhirat
Kekuatan yang bukan untuk bermegah
Agar kita menjadi idola
Menjadi contoh
Wahai anak bangsa masa depan




No comments: