Senarai Blog

Apture widget

05/06/2010

perghhhh....

Bermula jam 1.00pagi hujan lebat yang aku jangka pada petang semalam telah turun mencurah.Aku belum lagi mahu melelapkan mata kerana siaran TV2 belum tamat,cerita yang berlangsung ketika itu ialah Universal Soldier.Pada masa tu aku pekena kopi Tongkat Ali Madu.Pada jam 2.00pagi aku pun mula mengorak langkah menuju ke rumah untuk tidur....hujan yang turun masih belum reda lagi...aku berlari anak untuk sampai ke rumah sambil bajuku menutup kepala bagi mengelakkan kepalaku kena hujan kerana aku takut akan jadi demam atau sakit kepala.Setelah sampai ke rumah aku pun salinlah baju.....perghhhh...sejuknya bukan main lagi.Pada mulanya aku sangka tak lah sejuk sangat kerana pada masa tu kipas telah aku hidupkan.Agaknya setelah berlari anak tadi agaknya aku kepanasan tanpa aku sedari.Apa lagi bila aku terasa sejuk,sasaranku kini adalah memadamkan kipas.Setelah aku matikan kipas tadi, aku mula pejamkan mata....perghhhh....dalam beberapa minit jer aku sudah lena.....pada jam 0615 pagi aku tersedar untuk pergi kerja...perghhhh....aku bangkit terus menuju ke bilik air capai gayung untuk siramkan badanku dengan air.....perghhhh...sejuknya bukan kepalang sampai mengeletar seluruh badan....aku terasa seronok....perghhhhh....sampaikan sabun mandi jenama antibac yang aku pegang terjatuh akibat menggeletar....hahhaaahahaa....aku tergelak sendirian.....
Perghhhh....hari ini merupakan Hari Kelepasan Am kerana Hari Keputeraan Agung...perghhh....
tetapi aku berkerja pada hari ini...perghhhh..meter overtime aku ke paras tertinggi ler.....perghhhh...
Daulat Tuanku,Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM SPB AL-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Mahrum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah.