Abang tahu tak Anis semalaman tidak dapat melelapkan mata..Anis sambil mengerling dengan nada kerinduan.Sejak kita bertemu dalam bilik guru lagi hati Anis bagai nak pecah.Alahai..Anis ni..Abg Piun sama gak tapi tak ada sampai nak pecah...cuma jadi double trouble...apa taknya dengan cikgu math kita panggil dah pun abang Piun suspen.Abg ingat ada buat salah displin...suara Piun yang seakan memujuk.Habislah aku..Aku dah jatuh cinta bisik hati Piun.Taman Tasik Titiwangsa pandai betul aku cari tempat romantis...Piun tersenyum dengan bangga.Dunia percintaan amat besar ertinya tanpa mengenal usia tua atau muda,kaya atau miskin,cantik atau hodoh.Paling tidak sedap atau enak bila bercinta dengan isteri orang atau tunangan orang.Memang tidak dinafikan kalau bercinta diperingkat bawah umur adalah sangat tidak digalakkan,apa tidaknya belum pun pandai mencari rezeki atau belum cukup matang untuk melindungi keluarga dan juga masih dalam tanggungan ibubapa.Cinta pada peringkat bawah umur sangatlah dikesali lebih-lebih lagi jika dah terlanjur hingga mengakibatkan mengandung anak luar nikah.Jika bernikah pada peringkat bawah umur,pihak jabatan Agama Islam dah tentu tidak menggalakkan tetapi bagi mengelakkan berlakunya zina atau mengandung diluar nukah,Jabatan Agama Islam terpaksa akur.
Selepas Piun tamat tingkatan Lima sebelum keputusan SPM diumumkan,Piun sudah mula berniga kecil-kecilan dihadapan rumahnya.Piun bungkuskan Makcik ABC panggilan sinonim bagi Air Batu Campur,lima bungkus.Piun memang sudah lama menjangka bahawa gerai ABC nya akan mendapat sambutan yang menggalakkan.Kalau macam ni bolehlah aku kahwin dengan Anis,Piun berkata sendirian setelah mengira wang hasil berniaga siang tadi sambil ketawa kecil.
Mat Ali dan rakan-rakannya kini tiada sebarang pekerjaan..Aku mana layak bekerja lagi mak dan abah aku masih tanggung lagi kata Mat Ali kepada Piun apabila disapa oleh Piun.Mat Ali dan rakan-rakannya sering melepak di kedai Piun.Acap kali Piun menegur Mat Ali supaya tidak mengganggu budak sekolah perempuan yang kebetulan akan lalu dihadapan gerai Piun.Ali janganlah kacau budak tu...pekik Piun setelah melihat Mat Ali mengganggu budak sekolah perempuan seolah tidak suka diusik atau dikacau oleh Mat ali ketika pulang dari sekolah.
No comments:
Post a Comment