Senarai Blog

Apture widget

06/07/2010

Tentang Aku

Kehangatan jiwa membakar,idea yang inginku kupas pada hari ini laksana teriknya mentari .Bingkisan demi bingkisan aku selak agar idea yang inginku sampaikan hari ini lebih efektif.Aku bukan mahu bersikap mahu merendahkan martabatku seperti mahu merosakkan reputasiku sendiri tetapi dah memang aku kurang sedikit berusaha untuk mendapatkan pembelajaran yang tinggi.Aku dah cuba mengambil SPM pada tahun lepas iaitu kertas Julai, kononnya bolehlah dapat kredit dalam Matematik tetapi tidak berjaya,masih juga dapat tahap 9.Pada tahun ini aku masih belum mendaftar lagi.Pada tahun lepas aku cuba mendapatkan kelas matematik tetapi aku tidak diterima kerana cikgu kelas itu  bimbang akan aku tidak dapat ikut pembelajaran sebabnya pembelajaran itu semua adalah dari sekolah maksudnya pembelajaran yang mereka tidak faham semasa di sekolah.Aku pun cari jalan lain dengan buka laman web,memang seronok belajar sendirian.Mana tidaknya,salah ke betul ke aku yang periksa,sepertimana meniru.Memang benar kalau belajar sendirian tanpa bimbingan dari orang lain agak susah sedikit,apa tidaknya jikalau tidak faham di mana kita hendak rujuk,jadi di situlah membuatkan bila soalan dikemukan  kita jawab lain.Lainlah jikalau otak aku otak genius.Tidak payah baca buku pun boleh jawab soalan yang bakal dikemukakan.Negaraku ini ada memiliki rakyat yang otaknya genius,pihak kerajaan tanggung segala perbelanjaan dan dihantar ke luar negara hingga berkahwin dengan orang di sana tetapi akhirnya telah merosakkan reputasi sendiri dan negara.Setiap manusia ada cerdik dan ada bodoh.Maka hari ini bukanlah aku hendak bercerita pasal cerdik atau bodoh orang lain.Aku cuma nak bingkiskan ceritaku hari ini.Lagipun aku tidak ada tualiah atau ijazah untuk menasihati atau beri motivasi pada orang lain.Aku cuma buat bingkisan tentang aku bukannya bingkisan penyesalan tetapi bingkisan bacaan.
 


No comments: