Hari ini aku ke Superstore berdekatan dengan masjid Al Ghufran,aku pergilah beli pelapik kasut dalaman,ermmm...maklum je kasut baru pakai ni tapak dalamnya agak keras.
kerana itulah aku beli pelapik kasut tu...tapi bercakap tentang harga pada kertas harganyaRM9.99..aku bagilah RM50.00...aku sangka dia(kasier)pulangkan RM40.01..rupa-rupanya tidak..dia pulangkan RM40.00 sahaja.
Aku bertanya juga pada kasier tu.."kenapa pada kertas ni tulis RM9.99 tapi dikira RM10.00?"dia(kasierlah) mampu senyum dan angguk-angguk kepala.Aku pun terus beredar dalam keadaan terpinga-pinga.
No comments:
Post a Comment